Cara Daftar Simpanan KWSP kepada Simpanan Syariah

2
3
views

Cara Daftar Simpanan KWSP kepada Simpanan Syariah. Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah. Ianya baru diperkenalkan kerana terdapat permintaan di kalangan ahli KWSP supaya akaun mereka diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah. Selain itu, berdasarkan hasil Kaji Selidik Rundingan Ahli ke atas Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP yang telah dijalankan pada April 2015, sebanyak 71% responden (ahli) bersetuju pilihan simpanan persaraan patuh Syariah diperkenalkan.

Cara Daftar Simpanan KWSP kepada Simpanan Syariah

simpanan syariah kwsp

Pendaftaran Simpanan Shariah bermula 8 Ogos 2016 dan sebanyak RM100 bilion dana patuh syariah diperuntukkan bagi 2017. Bagi melayakkan ahli mendapatkan tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah pada 2017, ahli mestilah memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah selewat-lewatnya pada 23 Disember 2016, tertakluk kepada peruntukkan dana tersebut.

simpanan kwsp syariah




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Ahli perlu hadir ke mana-mana kaunter KWSP bermula 8.8.2016 dan membawa bersama Mykad atau Pasport (untuk bukan warganegara) untuk pengesahan identiti ahli. Ahli perlu menyerahkan dokumen pengenalan diri dan menurunkan cap ibu jari pada Akad Simpanan Shariah yang telah dicetak. Buat masa ini, pendaftaran secara atas talian tidak disediakan.

Bagaimanakah tarikh kuat kuasa ditentukan?

  • Tarikh kuat kuasa bagi ahli yang telah membuat pilihan Simpanan Shariah adalah tertakluk kepada:

a) Peruntukan dana patuh Syariah tahunan yang akan diperolehi oleh ahli berdasarkan giliran; dan
b) Apa-apa syarat lain yang ditentukan oleh Lembaga KWSP.

  • Tarikh kuat kuasa pilihan adalah pada 1 Januari mengikut tahun peruntukan dana patuh Syariah tahunan yang diluluskan kepada ahli.
  • Apabila pendaftaran Simpanan Shariah telah memenuhi kuota dana yang diperuntukkan pada tahun tersebut, ahli yang telah membuat pilihan Simpanan Shariah tetapi belum berjaya memperolehi peruntukan dana tersebut, perlu menunggu peruntukan dana patuh Syariah tahunan seterusnya.

Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui jika permohonan saya untuk memilih Simpanan Shariah telah berjaya?

  • Permohonan ahli yang berjaya akan menerima Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengesahan tarikh kuat kuasa tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah.
  • Sekiranya ahli tidak menerima sebarang makluman berkenaan tarikh kuat kuasa ianya disebabkan oleh:
    a) Kuota dana patuh Syariah yang diperuntukkan telah dipenuhi dan ahli masih dalam senarai menunggu; dan/atau

b) Maklumat perhubungan ahli tidak dikemaskini.

  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
    Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000; atau Layari www.kwsp.gov.my.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here