Cara Memohon Rayuan Untuk Menunaikan Haji

2
96
views

Download Borang Rayuan Haji. Cara Memohon Rayuan Untuk Menunaikan Haji. Bantuan Haji masih diteruskan untuk Musim Haji 1441H / 2020M. Bakal Haji Muassasah yang tunai haji kali pertama tahun ini termasuk mereka yang berjaya dalam permohonan rayuan haji hanya bayar RM9,980 seperti tahun-tahun sebelum ini.

Cara Memohon Rayuan Untuk Menunaikan Haji

borang rayuan tabung haji

Bagi yang merayu, keutamaan pemilihan akan di beri kepada mereka yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa menangguh pemergian haji.

Keutamaan pertimbangan juga akan diberikan kepada mereka yang giliran menunaikan haji pada tahun berikut 1442H / 2021M.

Sebagai satu usaha penambahbaikan, Tabung Haji telah memperkenalkan Borang Rayuan Haji yang seragam bagi mempertingkatkan proses rayuan haji bagi jemaah yang ingin menunaikan haji pada musim haji 1441H / 2020M ini.

Borang ini memberi ruang kepada sesiapa yang merayu dan jika terpilih, mereka boleh secara sukarela bersetuju untuk membayar penuh RM22,900 untuk tunai haji secara Muassasah.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Untuk tahun-tahun yang sebelum ini, Tabung Haji sudah pun memberi pilihan kepada jemaah haji Muassasah untuk membayar penuh. Jika mereka tidak memilih untuk membayar penuh bayaran haji RM 9,980 kekal.

Pendeposit yang ingin membuat rayuan haji boleh memuat turun borang rayuan haji di sini atau mendapatkannya di Pejabat Cawangan yang berdekatan. Manakala, borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan ke kaunter-kaunter 125 cawangan yang terdekat termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran.

Pihak TH akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem TH untuk diproses.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan haji, boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) kami di +603-6207 1919.

DOWNLOAD BORANG RAYUAN HAJI


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here