Cara Mengerjakan Solat Sunat Awwabin. Awwabin bererti kembali iaitu kembali mengingati Allah SWT ketika berada dalam kelalaian. Sembahyang sunat ini biasa dilakukan di antara waktu Maghrib dengan Isyak.
Sembahyang ini boleh dikerjakan 20 rakaat, 4 rakaat dan 2 rakaat.

Fadilat Sembahyang Sunat Awwabin

Fadilat Sembahyang Sunat Awwabin

Fadilat Sembahyang Sunat Awwabin

 

Cara-cara Sembahyang Sunat Awwabin

Sebelum seseorang itu mendirikan sembahyang sunat tersebut dia hendaklah membaca doa ini:

Sunat Awwabin

Sunat Awwabin

Maksudnya :
“Selamat datang wahai malaikat yang bertugas malam, selamat
datang wahai dua malaikat pencatat yang mulia, tuliskan dalam rekodku
sesungguhnya aku naik saksi bahawasanya Tiada yang lain melainkan Allah dan aku
naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad SAW itu hamba-Nya dan perutusan-Nya,
aku naik saksi bahawasanya syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar.
Aku naik saksi bahawa kiamat itu benar dan pasti akan datang tidak ragu lagi, Allah
akan bangkitkan mayat daripada kubur. Hai! Tuhanku simpankanlah penyaksianku
ini di sisi-Mu untuk hari yang aku perlukan kepadanya. Hai! Tuhanku simpankanlah
amalanku, ampunkanlah dosaku, beratkanlah timbanganku yang baik dan
pastikan dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenankanlah untukku hai tuhan
yang sangat Pemurah.”




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Kemudian sembahyang dua rakaat dengan
lafaz niat seperti berikut:

Sunat AwwabinBacaan tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah:
* 6 kali surah al-Ikhlas
* 1 kali surah al-Falaq
* 1 kali surah al-Nas

Dalam rakaat kedua juga dibaca seperti dalam rakaat pertama, kemudian selepas salam,
bacalah doa ini:

Sunat AwwabinSelepas membaca surah al-Fatihah bacalah mana-mana surah yang telah ditetapkan dalam
dua rakaat itu.

Cara Solat Sunat Dhuha
Cara Solat Sunat Tahajjud
Cara Solat Sunat Taubat
Cara Solat Sunat Hajat
Cara Solat Sunat Awwabin
Cara Solat Sunat Jamak dan Qasar
Cara Solat Sunat Tasbih
Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir
Cara Solat Sunat Israq