Cara Mengetahui Lelaki Suka Anda Atau Tidak

0
510
views

Cara Mengetahui Lelaki Suka Anda Atau Tidak. Kebiasaannya seorang wanita sukar untuk mengungkapkan atau meluahkan perasaan terhadap seorang lelaki yang di cintai secara diam. kita boleh melihat perasaan cinta seorang lelaki dan wanita tersebut melalui bahasa tubuh badan. wanita memiliki 52 bahasa tubuh sedangkan lelaki hanya memiliki 11 bahasa tubuh.

Cara Mengetahui Lelaki Suka Anda Atau Tidak

curi pandang
gambar hiasan

 Jika anda percaya akan teori ini anda akan lebih mudah untuk mengetahui perasaannya dan tidak salah tafsir sebagai tanda suka seterusnya itu akan memalukan diri anda sendiri. Sedikit sebanyak Cara Mengetahui Lelaki Suka Anda atau Tidak seperti dibawah :

1. Sering melihat anda
Sedar atau tidak si dia seringkali melihat anda ketika anda memandang tempat lain dan apabila anda memandangnya dia akan memalingkan muka atau mukanya akan berseri melihat anda.

2. menjaga penampilan
Lelaki akan menjaga penampilan apabila berhadapan dengan wanita yang disukai. Lelaki akan membuatkan dirinya lebih macho dan segak ketika dihadapan orang yang disukai.

3. Cara duduk
Jika seorang lelaki menyukai seorang wanita dia akan lebih bersifat jantan dari segi duduknya. Beliau akan duduk mengadap anda dengan tangan mendada atau kaki terbuka menampakkan gaya machonya.

4. Cara berbicara
Seorang lelaki yang menyukai seorang wanita biasanya ia sangat memperhatikan gaya bicaranya dan percakapannya. Ketika dia berbicara dengan wanita yang disukainya, dia akan berbicara dengan sopan santun dan lemah lembut.

Cuba perhatikan kelakuannya, Mengamati kelakuannya merupakan salah satu cara untuk mengetahui apakah lelaki itu menyukai anda atau tidak. Jika dia benar-benar tertarik pada anda maka dia akan memperlakukan anda dengan cara yang berbeza contohnya lebihkan perhatian kepada anda.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

Atau biasanya lelaki akan menggoda wanita lain untuk mencuri perhatian daripada anda. Hal tersebut untuk melihat reaksi dari anda. Hal itu tentunya sangat menjengkelkan, namun dalam hal ini anda boleh melihat godaan tersebut ketika ia terus mencuba untuk mencuri pandang kepada anda.

Untuk menangani hal seperti ini anda boleh berpura-pura untuk pergi dari hadapannya, jika dia berhenti menggoda wanita lain ketika anda pergi maka ia serius menyukai anda. Untuk lebih meyakinkan lagi anda boleh meminta teman anda untuk memerhatikannya.

Perhatikan Tanda-Tanda Kegugupannya seperti:-

1. ketawa dalam gugup
2. gelisah
3. nafas tidak menentu
4. perasaan tidak keruan,
5. salah tingkah

Menoleh pandangan ketempat lain ketika anda sedar bahwa ia sedang memperhatikan anda, kebiasaan terjadi merupakan tanda-tanda beliau tertarik dengan anda. Apabila ia gugup ketika hendak menarik perhatian anda, itu bermakna dia sedang berusaha keras.

Perhatikan pandangan Mata
Seperti yang telah disebutkan bahawa jika seseorang sering melihat anda maka dia tertarik kepada anda. Dan biasanya lelaki yang menyukai seorang wanita akan curi-curi pandang  wanita yang disukainya.

 Cara untuk menguji lelaki tertarik pada anda:-

pandang wajahnya selama empat saat, kemudian buang pandangan ke arah lain (janganlah terlalu lama memandang si dia takut jadi anda yang gugup). Setelah itu pandang kembali dirinya, jika dia masih melihat anda secara curi-curi mungkin itu tandanya ia tertarik kepada anda. Jika dia tidak memandang terus anda mungkin dia tidak berminat dengan anda.

Walaubagaimana pun setiap tingkahlaku setiap manusia adalah berbeza dan tidak semuanya dapat ditafsir kerana setiap orang itu berbeza cara dan tingkahlakunya. Oleh itu tidak semuanya yang dinyatakan boleh diterima pakai kerana rambut pun dah tak sama hitam hati lagilah.

anda juga boleh baca artikel tanda-tanda lelaki jatuh cinta


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here