seo

seo

Cara menghasilkan entry/artikel MESRA SEO – ramai yang pernah mendengar tentang SEO tapi apakah anda tau apa yang dimaksudkan dengan seo ? baca disini untuk lebih lanjut. apa itu SEO

kali ini saya nak kongsikan sedikit tips untuk menghasilkan entry MESRA SEO yang mana banyak blogger² lama gunakan untuk menarik pelawat bukan saja dari kalangan blogger malah dari kalangan pembaca online melalui search engine seperti google, bing, yahoo dan sebagainya.

perkara yang pertama anda perlu lakukan untuk menghasilkan entry yang mesra seo adalah

1. Tajuk Mesra SEO

– sekiranya blog anda masih baru elakkan menggunakan tajuk yang pendek cth : ‘Melayu Boleh‘ kerana persaingan terlalu hebat dan blog anda mungkin tidak termasuk dalam 5 page pertama.. sebaiknya gunakan 3-5 patah perkataan untuk tajuk cth : “melayu boleh berjaya lebih mudah“.

2. Memilih URL Entry/Artikel

– sekiranya tajuk anda terlebih panjang mungkin url entry anda akan menjadi separuh sahaja seperti cth : “melayu-boleh-berjaya-leb.html” untuk menjadikan entry tersebut mesra seo anda boleh mengedit url tersebut menjadi seperti tajuk yg telah ditetapkan cth : “melayu-boleh-berjaya-lebih-mudah.html”




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

3. Menggunakan Label

– Pastikan setiap entry anda ada label dan pilih label yang sesuai atau berkaitan dengan entry anda.

4. Memasang Meta Tag

– pastikan blog anda telah dipasang meta tag bagi memudahkan google mengenal pasti apa yang terdapat dalam blog anda. anda boleh rujuk sini untuk cara memasang meta tag

5. Meletak Gambar dalam Entry/Artikel

– meletak gambar dalam setiap entry yang diterbitkan. Pastikan setiap gambar diletakkan Alt tag bagi memudahkan google mengenal pasti gambar tersebut. Kurangkan menggunakan gambar yang diupload menggunakan hosting sebaiknya diupload sendiri menggunakan blogspot kerana loadingnya lebih laju.

6.  Entry yang Berkualiti

– entry/artikel haruslah melebihi 500 huruf

– gunakan tajuk / kata kunci sebagai permulaan cerita besertakan bold/tebal. 

– tidak ulang tajuk/keyword lebih dari 3 kali

7. Besertakan LINK dalam entry/artikel

– sekiranya entry/artikel anda sekarang berkaitan dengan tajuk entry anda sebelum ini sertakan sekali link entry tersebut kedalam entry/artikel anda seperti cth : ada banyak blog yang menyajikan entry tutorial blog tapi tak semua tutorial yang disediakan boleh diguna pakai”.

rasanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan Cara menghasilkan entry MESRA SEO bagi mereka yang berminat untuk menambah pelawat ke dalam blog/website mereka..