Cara Mengundi Sewaktu Pilihan Raya

0
793
views
Cara Mengundi Pilihan Raya
Cara Mengundi Pilihan Raya

Cara Mengundi Sewaktu Pilihan Raya PRU 13

Pengundi diminta beratur di pintu masuk bilik mengundi

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
2. serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



cara mengundi pru13
cara mengundi pru13

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
7. Keluar segera dari tempat Mengundi.
Semua Proses Pengundian diperhatikan oleh Ejen-ejen calon yang bertugas.
Sekiranya ada pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.

 

Cara Mengundi Sewaktu Pilihan Raya


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih