solat berjemaah

solat berjemaah

Cara Merotan Anak Dalam Islam – Daripada ‘Amru bin Syu’aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.

Anak Perisai Api Neraka
Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Soalan
Saya mempunyai 6 orang anak dan dua daripada telah berumur 9 dan 10 tahun,
masalah saya ialah di dalam mendidik anak-anak untuk bersolat fardhu iaitu
cara yang disyariatkan oleh islam untuk saya menghukum anak-anak secara
merotan, mohon panduan mengenai cara yang betul untuk merotan anak-anak
ini. Sekian. Terima kasih

Jawapan
Sabda Rasulullah S.A.W mengenai didikan anak di dalam urusan bersolat,
maksudnya; �Didiklah anakmu untuk bersolat ketika umurnya mencecah 7
tahun, dan pukullah mereka apabila umurnya mencecah 10 tahun…�.
Dalam pada itu, Rasulullah ada menegaskan untuk memukul/mendidik anak,
hendaklah dipukul tapak kaki mereka, kerana di situlah tempat yang paling
sesuai untuk dipukul dengan menggunakan rotan. Jika dipukul badannya,
mereka akan mengalami kesakitan, dan jika dipukul kepala mereka, itu bukan
tempat yang sesuai untuk dipukul. Kepala adalah anggota yang dihormati dan
tidak sesuai untuk dipukul atau diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

Sumber : Kemusykilan Agama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih