Cara Mohon Pengeluaran KWSP i-Lestari RM500 Akaun 2 Covid-19

0
505
views

Cara Mohon Pengeluaran KWSP i-Lestari RM500 Akaun 2 Covid-19. i-Lestari, ialah kemudahan pengeluaran khas yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka yang terjejas semasa tempoh yang mencabar ini. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Cara Mohon Pengeluaran KWSP i-Lestari RM500 Akaun 2 Covid-19

kwsp
KWSP

Pengeluaran i-Lestari KWSP ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021).

Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.
1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Konsep am Pengeluaran i-Lestari.
Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (b)

Ilustrasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Saluran penghantaran borang permohonan Pengeluaran i-Lestari.
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]; atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.

Permohonan boleh di buat di LAMAN KWSP mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. 

Sekiranya anda telah mendaftar i-Akaun KWSP

CARA MEMOHON i-Lestari KWSP RM500

  1. Login Ahli : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Klik PENGELUARAN (atas kanan)
  3. e-Pengeluaran (atas kiri)
  4. Permohonan baru
  5. Jenis Pengeluaran – (i-lestari)
  6. Ikut Arahan selanjutnya (duit aku tadak xbole tengok next)

Sekiranya bukan ahli anda perlu mendaftar terlebih dahulu

  1. Download borang : https://bit.ly/2UAoVgY
  2. Isi Maklumat dan Bukti Diperlukan
  3. Email ke e-mel ke alamat [email protected]

Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:
1) Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)
2) Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.

Anda juga boleh memohon bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan semasa Covid-19 – Bantuan Kerajaan


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here