Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha 0

solat berjemaah

solat berjemaah

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha @ Niat Sembahyang Raya

mungkin hanya kerana setahun sekali kita merayakan hari raya oleh itu ramai yang terlupa Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha @ Niat Sembahyang Raya oleh itu saya nak kongsikan caranya agar mudah untuk anda amalkan dihari raya akan datang.

sebelum memulakan solat sunat hari raya mesti mau mandi dulu dan kat sini saya kongsikan

niat mandi sunat hari raya aidilfitri @ aidiladha
“Sahaja aku mandi solat sunat Aidilfitri kerana Allah taala”

*sekiranya raya aidiladha gantikan sahaja sunat aidilfitri diatas kepada sunat aidiladha

Amalan-amalan yang sunat Aidilfitri:
1. Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
2. Menjamah makanan sebelum keluar.
3. Memperbanyakkan bertakbir.
4. Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain (Taqabbalallahu minna wa minkum).
5. Memakai pakaian yang terbaik yang ada dalam simpanan.
6. Gunakan jalan yang berlainan untuk ke masjid/surau (pergi jalan lain dan pulang jalan lain).
7. Hidupkan amalan ziarah-menziarahi bersempena hari raya.
8. Berpuasa sebanyak enam hari sebelum berakhirnya bulan Syawal (boleh bermula dari 2 Syawal).

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha

Niat Solat Hari Raya AidilFitri
“Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.”

Niat Solat Hari Raya Aidiladha
“Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.”

Rakaat pertama
1. Doa ifititah.
2. Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan (dalam hati) subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar )
3. Kemudian Al-Fatihah dan surah.

Rakaat kedua
1.Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan (dalam hati) subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar )
2. Al-Fatihah serta surah.

2 rakaat sahaja. rukuk, sujud dan lain² seperti biasa.

selepas solat akan ada khutbah dan takbir

Lazada Malaysia

Incoming search terms:

  • BILAL SEMBAHYANG RAYA