Cara Solat Sunat Tahajjud

2
822
views
berdoa
berdoa

Cara Solat Sunat Tahajjud. Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian.
Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

Fadilat Sembahyang Tahajjud
i. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
ii.Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin.
iii.Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
iv.Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
v.Dimudahkan hisab ke atasnya.
vi.Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
vii.Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
viii.Jauh daripada kebinasaan.

Cara Solat Sunat Tahajjud

Niat Solat Tahajjud
“Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”.

Bacaan
1. Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun
2. Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas
Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:

Doa selepas solat sunat tahajjud

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Doa Selepas Solat Sunat Tahajjud
Doa Selepas Solat Sunat Tahajjud

Ertinya : “Ya Allah, hanya bagi Engkau puji-pujian, Engkau penegak langit dan bumi, serta apa yang ada di dalamnya. Dan bagi Engkau puji-pujian bagi Engkau kerajaan langit dan bumi, serta apa yang ada didalamnya dan bagi Engkau puji-pujian, Engkau yang hak, dan janji Engkau yang hak, dan bertemu dengan Engkau adalah hak, dan firman Engkau yang hak, dan syurga itu adalah hak, dan mereka itu adalah hak, dan para nabi itu adalah hak, dan Nabi Muhammad SAW adalah hak, dan hari kiamat itu adalah hak (benar). Ya Allah, bagi Engkau aku menyerahkan diri, dan dengan Engkau aku beriman dan kepada Engkau aku berserah diri/tawakal, dan kepada Engkau aku kembali, dan dengan Engkau aku menghadapi mengalahkan musuh, dan kepada Engkau aku berhukum/diadili, maka ampunilah aku (atas kesalahan/dosa) yang telah lalu dan yang akan datang, dan dari apa yang tidak terlihat, dan yang terlihat Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan terakhir, tidak ada selain Tuhan (yang disembah) kecuali Engkau, dan tidak ada daya upaya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Engkau. Maka Allah berselawat memuji bagi pemimpin kami (Nabi) Muhammad, dan para keluarganya, serta para sahabatnya kesejahteraan, dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.”

kemudian membaca istigfar/memohon ampun

Cara Solat Sunat Dhuha
Cara Solat Sunat Tahajjud
Cara Solat Sunat Taubat
Cara Solat Sunat Hajat
Cara Solat Sunat Awwabin
Cara Solat Sunat Jamak dan Qasar
Cara Solat Sunat Tasbih
Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir
Cara Solat Sunat Israq


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


2 COMMENTS

Comments are closed.