Cara Untuk Mendapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik Sehingga September Semasa PKP

0
589
views

Cara Untuk Mendapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik Sehingga September Semasa PKP. Pada 27 Mac 2020, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian diskaun tambahan kepada pengguna domestik di Semenanjung Malaysia.

Cara Untuk Mendapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik Sehingga September Semasa PKP

diskaun 50% bil elektrik

Tumpuan kepada pengguna yang menggunakan elektrik sehingga 600kWh atau RM231.80 sebulan. Kadar diskaun adalah di antara 15% hingga 50% bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing bermula penggunaan 1 April hingga 30 September 2020.

Pengguna-pengguna dari kategori berikut layak menerima diskaun ke atas bil elektrik mulai penggunaan 1 April hingga 30 September 2020:

  • Perdagangan
  • Perindustrian
  • Pertanian Spesifik
  • Domestik / Kediaman

Nota: Pemegang Lesen Awam Pengagihan dengan Tarif Khas (Tarif Bulk) adalah tidak termasuk dalam kategori pengguna yang menerima diskaun daripada TNB.

Peratus diskaun yang akan diterima oleh pengguna adalah berdasarkan sektor perniagaan terpilih, kategori pengguna dan jumlah penggunaan seperti berikut:

diskaun bil elektrik tnb

Diskaun bil elektrik di bawah PRE2020 dan PRIHATIN adalah diberikan untuk tempoh enam (6) bulan mulai penggunaan elektrik 1 April sehingga 30 September 2020 untuk semua kadar diskaun.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔

Ini bermakna bagi bil elektrik yang diterima dalam bulan April dan meliputi penggunaan elektrik untuk bulan Mac 2020 dan April 2020, diskaun akan dikira secara prorata berdasarkan penggunaan dalam bulan April 2020. Sekiranya bil yang diterima dalam bulan April 2020 hanya meliputi penggunaan sehingga 31 Mac 2020, tiada diskaun yang akan diterima oleh pengguna bagi bil tersebut.

kadar bil elektrik pkp

Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.

Maklumat lanjut mengenai diskaun Bil anda boleh lihat di laman sesawang TNB Prihatin

Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here