Cerita Seram Sewaktu Kerja Malam. Tak ramai diantara kita yang mempunyai pengalaman kerja malam mahupun pengalaman seram yang dapat kita kongsikan dengan ramai orang. Cerita ini telah sebulan berlaku di tempat kerja admin yang mana sewaktu tu kerja malam ada 3 orang yang bertugas.

Waktu telah menunjukkan jam hampir pukul 12 malam bila kerja malam pasti akan sentiasa lapar maka salah seorang daripada rakan admin telah keluar sebentar untuk mencari makanan dan tinggal 2 orang bertugas. Tengah malam kurang kerja kitaorang hanya mendengar radio dan sesekali bila kena lagu menarik kitaorang akan karaoke tanpa mikrofon.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

pocongLebih kurang 12.10 malam tiba-tiba rakan seorang sakit perut dan terus ke tandas bersebelahan tinggalkan saya keseorangan sambil ditemani oleh lagu rock kapak. Tengah sedap-sedap karaoke tetiba terperasan ada seseorang sedang karaoke bersama seperti ada backup singer menyanyikan lagu bersama. Saya berhenti nyanyi seketika cuba menghayati lagu tersebut tetapi tiada pula kedengaran suara tadi. Cuba berkaraoke semula dan terdengar suara yang sama ikut menyanyi. Perhatikan tempat kerja sekeliling tapi tidak nampak kelibat sesiapa pun berada disitu.

Tegak habis bulu-bulu roma terus perlahankan muzik dan berhenti menyanyi ambik handphone terus main game sementara tunggu rakan masuk. Nasib baik sekejab ja rakan dah mai kalu tidak mau kecut perut gak tunggu sorang-sorang..

Keesokan paginya cerita kat rakan tugas kena pula padan muka siapa suruh melalak pepagi buta ganggu dia tidur.. adehh.. aku juga yang kena.. heeee..

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih