Ciri-ciri Ajaran Syiah

hulk

hulk

Ciri-ciri Ajaran Syiah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 3 Mei 1996 telah membuat keputusan iaitu “Menetapkan bahawa ummat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran
Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah , syariah dan akhlak.

Perbezaan antara Sunnah dan Syiah
Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w,pengertian Jamaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada Al-quran,Al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat diatas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Syiah ialah satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam. Penyelewengan ajaran Syiah boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu penyelewengan dari sudut akidah, syariah dan umum.

Ciri-ciri Golongan Syiah
Golongan Syiah (Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah) adalah golongan yang tidak termasuk dalam Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ini kerana akidah dan syariah yang dihayati oleh mereka adalah berbeza dengan ASWJ.Antara perbezaannya adalah seperti berikut:
– Khalifah diwasiatkan secara nas.
– Imam adalah maksum
– Berpura-pura
– Saidina Ali disama tarafkan dengan Allah S.W.T.
– Mengkafirkan para sahabat Rasullah
– Menghalalkan nikah Mutah
– Menolak Ijmak Ulama’
– Menolak Qias
– Menambah syahadah
– Menolak hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah
– Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan
– Islam bukan syarat wajib haji.

Oleh itu saudari hendaklah berhati-hati dengan fahaman tersebut, agar saudari tidak terlibat dengannya.
Golonga Syiah terbahagi kepada banyak kumpulan, ada yang melakukan perkara yang boleh membawa kepada kekufuran seperti mengkufurkan sahabat dll dan ada yang sebaliknya dibawah ustaz sertakan soalan dari Syiah. Walaupun fatwa menyatakan dua jenis syiah yang masih dianggap Islam. Jika ada pengikut syiah yang mengkafirkan saidina Abu bakar, Aisah, Saidina Umar, Hafsah dan sebagainya mereka tetap kufur dan terkeluar dari Islam walaupun mereka adalah Syiah Jaafariah atau Zaidiah. Sebahagian besar Syiah Jaafariah ada yang mengkafirkan sahabat nabi s.a.w. Ini yang menimbulkan masaalah dalam hubungan antara ummat Islam khasnya sunnah dan syiah..

Sumber : Islam

Incoming search terms:

  • ciri ciri ajaran syiah
  • lagu berkaitan syiah
  • pengasas ciri-ciri dan kesan buruk syiah
AirAsia's Tiket SeMURAH RM0.51 LIHAT DISINI
‘tag’ kawan anda untuk menangi RM500.LIHAT DISINI
Bantu Kami dengan LIKE Fanpage
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen, kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini. Sila dapatkan nasihat pakar bertauliah dan berpengetahuan untuk tips dan info berkaitan.

Sebarang Pertanyaan, Pengiklanan, Review Produk dan lain-lain boleh email ke abgferoz@yahoo.com

4 thoughts on “Ciri-ciri Ajaran Syiah

  1. bahaya kot..bukan nk ckp tapi lagi2 remaja skunk ni.seyes bnd ni dah meluas lama tau.kebykan nya ipt la…kalau kurg iman boleh terpesong gak la

  2. Bahaya ajaran Syiah sekarang ni. Berleluasa kat Malaysia dah.

  3. kta semua kena berhati2 dgn puak2 nie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>