Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang Undang L29

0
918
views

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang Undang L29. Sekiranya anda merupakan calon Penolong Pegawai Undang Undang L29 disini sedikit panduan dan contoh soalan peperiksaan yang bakal anda duduki peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang akan diadakan.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang Undang L29

Berikut merupakan maklumat contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang Undang L29 dan maklumat yang perlu anda tahu tentang jawatan yang anda mohon.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Undang Undang L29 : Bertanggungjawab kepada Hakim Kanan, membuat taksiran kos Mahkamah Rendah dan menyediakan kertas kerja perundingan bila diperlukan oleh Hakim serta menyelia tugas kakitangan lain di Bahagian Pendaftaran.

Senarai Tugas:
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Mahkamah Malaysia) :

  • Mengendalikan permohonan-permohonan di bawah Seksyen 117 KPJ di bawah Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 dan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977
  • Menerima, menyemak dan menandatangani serta merekod keputusan saman-saman trafik DBKL dan saman-saman dari pelbagai jabatan
  • Mengeluarkan waran-waran menahan, waran tangkap, waran gelidah sapina, perintah mengeluarkan dari tahanan, bon jaminan dan lain-lain
  • Mengendalikan penyata-penyata bulanan, suku tahunan, tahunan dan ad-hoc bersabit dengan semua Mahkamah Majistret Jenayah
  • Pengawasan Pendaftaran Jenayah dan Rayuan serta penyeliaan kakitangan di bawah pengendalian

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :

  • Menemubual pelanggan dan menentukan perkhidmatan yang diperlukan serta kelayakan pelanggan untuk menerima bantuan guaman
  • Menyemak dan meluluskan draf dokumen berkaitan dengan pelanggan serta kes yang telah disediakan oleh Pembantu Tadbir
  • Menghadiri sebutan atau perbicaraan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil apabila diarahkan oleh pengarah
  • Menyediakan laporan mingguan bagi kes-kes yang dikendalikan di mahkamah
  • Memberi khidmat nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang
  • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :

  • Membuat semakan fail-fail bankrapsi, memastikan fail-fail perbicaraan dalam keadaan teratur serta mematuhi peruntukan undang-undang yang berkaitan sebelum menghadiri pendengaran kes di Mahkamah
  • Menghadiri mahkamah pada tarikh ditetapkan dan memaklumkan mahkamah status kes sama ada dalam keadaan teratur atau pun tidak. Sekiranya tidak teratur, pegawai bertanggungjawab membantu Mahkamah dengan memaklumkan mahkamah perkara-perkara yang belum dipatuhi oleh pihak berkenaan
  • Meminitkan keputusan mahkamah dan menyerahkan kembali fail-fail kepada kerani kebankrapan
  • MMenandatangani surat-surat awalan yang dikeluarkan kepada bankrap kecuali surat kepada pihak Imigresen
  • Menetapkan tarikh temujanji dengan bankrap untuk Soalan Awalan dan penyiasatan lanjut
  • Mengendalikan Soalan Awalan terhadap bankrap bagi mendapatkan maklumat lanjut latar belakang bankrap dan keluarga; senarai tanggungan; pemiutang; maklumat harta bankrap dan pasangannya dan sebagainya. Memberikan penjelasan kepada bankrap hak-hak beliau sebagai bankrap dan permohonan-permohonan yang boleh dibuat dalam tempoh kebankrapan beliau dan menetapkan ansuran bulanan
  • Mengambil tindakan lanjut daripada maklumat yang telah diperolehi dari siasatan yang dibuat dengan menghubungi pihak terlibat termasuk membuat carian di Pejabat Tanah bagi kes-kes yang melibatkan aset bankrap
  • Penetapan tarikh MPP mempengerusikan Mesyuarat Pertama pemiutang sebaik sahaja Penyata Hal Ehwal difailkan oleh bankrap
  • Penetapan tarikh penangguhan MPP sekiranya korum tidak mencukupi;iklan atau warta belum diterbitkan dan sebagainya yang menyebabkan MPP terpaksa ditangguhkan
  • Menguruskan permohonan bankrap dan memberikan penerangan lanjut terhadap sebarang permohonan yang diajukan bankrap:
    1. Permohonan Sanksi di bawah PEruntukan 38(1)(a);
    2. Permohonan Keluar Negara di bawah Peruntukan 38(1)(c);
    3. Permohonan Menjawat Jawatan di bawah Peruntukan 38(1)(d);
    4. Permohonan Bekerja Dengan Ahli Keluarga di bawah Peruntuk 38(1)(e);
    5. Permohonan Keluar Masuk Gaji;dan
    6. Permohonan Pembatalan PP & PP di bawah Seksyen 105
    ✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



  • Membuat semakan bagi fail-fail lama yang layak untuk perakuan Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia

Gaji Permulaan pada Gred L29 : RM1,773.00

Peperiksaan Khas Penolong Pegawai Undang Undang L29

BAHAN-BAHAN RUJUKAN YANG DIBENARKAN UNTUK DIBAWA KE DEWAN PEPERIKSAAN

  1. Perlembagaan Persekutuan
  2. Akta Mahkamah Kehakiman 1064 (disemak 1972) (Akta 91)
  3. Akta Makamah Rendah 1948 (disemak 1972) (Akta 92)
  4. Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
  5. Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)
  6. Akta Probate dan Pentadbiran 1959 (disemak 1972) (Akta 97)
  7. Akta Kebankrapan 1967
    (Akta 360) serta Kaedah-kaedah dibawahnya
  8. Akta Syarikat 1965 (disemak 1973) (Akta 125)
    dan peraturan-peraturan serta kaedah-kaedah dibawahnya.
  9. Kaedah-Kaedah Penggulungan Syarikat
  10. Kanun Keseksaan (Akta 574)
  11. Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)
  12. Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26)
  13. Akta Undang-Undang Sivil 1956 (disemak 1972) (Akta 67)
  14. Akta Had Masa 1953 (Akta 254)
  15. Akta Prosiding Kerajaan 1956 (Akta 359)
  16. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (Akta 198)
  17. Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120)
  18. Akta Keterangan 1950 (Akta 56)
  19. Akta Kontrak 1950 (Akta 136)
  20. Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994
  21. Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Selamat maju jaya kepada semua calon yang bakal menduduki peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Semoga anda berjaya mengisi kekosongan kerja kosong SPA.

kredit : meymey, encik flower dan cik dayang.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here