Contoh Teks Ucapan Majlis Penutup

0
12
views

Contoh Teks Ucapan Majlis Penutup. Salah satu contoh teks ucapan majlis penutup program yang mana anda boleh gunakan untuk menjadi wakil peserta atau jemputan. Teks ucapan boleh digunakan untuk pelbagai majlis yang penting pandai olah untuk sesuai dengan majlis atau kursus yang dijalankan.

Contoh Teks Ucapan Majlis Penutup

Terima kasih pengerusi majlis,

yang disayangi Puan Azizah penyelaras program, barisan urusetia dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.  Alhamdulillah segala pujian bagi Allah dan salam sejahtera keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izinNya kita dapat bersama-sama dalam majlis penutup kursus……

Hadirin yang dirahmati,

Pejam celik, pejam celik sudah 5 hari kita berada dalam kursus ini. Pelbagai ilmu dan pengalaman telah diperolehi sepanjang berada dalam kursus ini.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Selaku wakil peserta, saya memohon ampun dan maaf sekiranya kami ada salah dan silap sepanjang menghadiri kursus.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Saya menyeru kepada rakan-rakan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program dimanfaatkan sebaiknya selepas program.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Akhir kata saya ingin berterima kasih kepada pihak penganjur Puan Azizah selaku penyelaras, terutamanya kepada Unit Latihan Syarikat…. diatas kursus yang telah dilaksanakan dengan jayanya. Sekian, Assalamualaikum dan terima kasih.


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here