Covid-19 Semakin Teruk 260 Kes Dan 4 Kluster Baru

0
176
views

Covid-19 Semakin Teruk 260 Kes Dan 4 Kluster Baru. COVID19 telah berada dalam komuniti kita. Sila duduk di rumah jika tiada urusan penting. Jika perlu berada di luar, pastikan anda patuhi SOP dan nasihat kesihatan KKM. Ramai antara kita yang ambil mudah dan leka hingga menganggap kita telah bebas daripada wabak ini.

Covid-19 Semakin Teruk 260 Kes Dan 4 Kluster Baru

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 47 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 kini melebihi 5 angka, iaitu sebanyak 10,014 kes (87.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).Sehingga 1 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 260 kes baharu yang telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,484 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,334 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 260 kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara:

• United Kingdom: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Daripada 259 kes penularan di dalam negara, 130 kes adalah warganegara Malaysia dan 129 kes adalah bukan warganegara. Daripada 259 kes tersebut juga, sebanyak 31 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 119 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

• Sabah: 118 kes

  • 74 kes daripada Kluster Laut yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara;
  • 11 kes saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara;
  • 10 kes daripada Kluster Benteng LD yang kesemuanya melibatkan warganegara;
  • 10 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang kesemuanya melibatkan warganegara;
  • Enam (6) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes daripada Kluster Sakong yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Joo Hwa yang melibatkan bukan warganegara;
  • Satu (1) kes saringan rujukan ke hospital yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes saringan pra pembedahan yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes saringan masuk kerja yang melibatkan bukan warganegara.
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Kedah: 98 kes

  • 88 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok yang melibatkan 35 kes warganegara dan 53 kes bukan warganegara;
  • Lima (5) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11212 yang kesemuanya melibatkan warganegara;
  • Tiga (3) daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Ketil yang kesemuanya melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara.
    • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 13 kes
  • 12 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11251 yang melibatkan warganegara.

Selangor: 13 kes

  • Sembilan (9) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
  • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Selasih yang melibatkan warganegara.

Johor: Lima (5) kes

  • Empat (4) kes daripada Kluster Bakawali yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Selasih yang kesemuanya melibatkan warganegara. Satu (1) kes mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Terengganu: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.

Perlis: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.

Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Pahang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.

Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Sehingga kini, terdapat 20 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 136 kes (1.18 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

11 Kluster laporkan kes baharu hari ini. 4 daripadanya adalah kuster baharu.

  1. Kluster Laut (74)
  2. Kluster Benteng LD (10)
  3. Kluster Bangau-Bangau (10)
  4. Kluster Bakau (1)
  5. Kluster Sakong (1)
  6. Kluster Bakawali (4)
  7. Kluster Tembok (88)
    𝙠𝙡𝙪𝙨𝙩𝙚𝙧 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙧𝙪
  8. Kluster Jalan Meru (3)
  9. Kluster Bah Ketil (3)
  10. Kluster Joo Hwa (1)
  11. Kluster Selasih (6)

Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here