Cuti Sekolah Ganti Sempena AidilFitri. Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada hari ahad 25 jun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju memberikan CUTI GANTI pada 23 Jun (Jumaat) kepada sekolah di dalam kumpulan B.

Cuti Sekolah Ganti Sempena AidilFitri

YB Dato' Seri Mahdzir Khalid

Kredit : KPM

Sekolah Kumpulan B yang dimaksudkan adalah kumpulan sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Sesi persekolahan perlu diganti pada 17 Jun 2017. Pengumuman berkenaan dibuat oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia pada Majlis Iftar KPM di Putrajaya pada 7 Jun 2017.

Semoga dengan adanya cuti ganti ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh ibu bapa bagi merancang perjalanan pulang ke kampung halaman dan tidak tergesa-gesa untuk pulang.

Pandu Cermat Jiwa Selamat. Ingatlah Orang Yang Tersayang

Antara yang MENARIK...