Denda RM 1000 Sekiranya Tidak Memakai Pelitup Muka

0
143
views

Denda RM 1000 Sekiranya Tidak Memakai Pelitup Muka. Bermula 1 Ogos 2020, Rakyat Malaysia diwajibkan untuk memakai pelitup muka di beberapa tempat yang ditetapkan bagi mengurangkan jangkitan dan merebaknya jangkitan wabak covid-19 di Malaysia.

Denda RM 1000 Sekiranya Tidak Memakai Pelitup Muka

pelitup muka

Ini adalah keputusan terbaik, kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang mula leka dan kembali bersesak sesak tanpa menghiraukan saranan penjarakan sosial 1 meter.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Ini dijelaskan oleh Menteri Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri yang mewajibkan semua orang untuk memakai pelitup muka sekiranya berada di dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat sesak seperti pasar mahupun mall.

Sekiranya didapati bersalah mereka boleh dikenakan tindakan dibawah akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) seperti kompaun RM 1000, dihadapkan ke mahkamah dan sebagainya.

Orang ramai juga boleh memakai topeng muka buatan sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang akan dikongsikan spesifikasinya oleh KKM dalam waktu terdekat.

Harga siling pelitup separuh muka akan diturunkan kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 bermula 15 Ogos.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here