Deskripsi Skop Tugas Kerja Pegawai Khidmat Pelanggan PKP N19. Pegawai Khidmat Pelanggan atau lebih dikenali dengan nama Customer Services merupakan jawatan yang agak penting dalam suatu organisasi kerana mereka merupakan frontline ataupun individu pertama yang akan berurusan atau bertemu dengan pelanggan sebelum meneruskan urusan selebihnya.

Deskripsi Skop Tugas Kerja Pegawai Khidmat Pelanggan PKP N19

suruhanjaya perkhidmatan awam SPA

Bagi Lantikan Kakitangan Kerajaan Pegawai Khidmat Pelanggan PKP N19

Syarat Lantikan:




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    a. warganegara Malaysia;
    b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
    d. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
    e. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
    2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi atau Skop Tugas:
– Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai.

– Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.