Maal Hijrah

Maal Hijrah – Sumber Klgreetings

Doa Awal Dan Akhir Tahun Serta Fadhilat nya Doa adalah senjata orang mukmin. Al-Quran dan Hadith Nabi menyuruh kita supaya sentiasa berdoa kepada Allah ketika berada dalam keadaan senang dan
susah. Bacaan doa awal dan akhir tahun adalah perbuatan baik yang digalakan kita melakukannya, kerana ia mengandungi unsur memohon kerahmatan ketetapan iman dan kebaikan di dunia dan akhirat.
 
Doa Akhir Tahun (bacaan sebelum maghrib)
Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun

Yang bermaksud, Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.

Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan   kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.

Amin ya Rabbal ‘alamin

Fadhilat Doa Akhir Tahun



Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Sesiapa yang membaca doa ini berkatalah syaitan,
“Kesusahanlah berpenatlah dan sia2 sahaja kami menyertainya sepanjang
tahun ini. Maka dia telah merosakkan perbuatan kami walaupun
satu saat sahaja disebabkan anak adam membaca doa ini…
Doa Awal Tahun (bacaan selepas maghrib)
Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun

Yang bermaksud, Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.

Amin ya Rabbal ‘alamin

Fadhilat Doa Awal Tahun
Sesiapa yang membaca doa ini berkatalah syaitan,
“Telah amanlah anak Adam daripada gangguan dan godaanku bagi
baki umurnya pada tahun ini kerana Allah S.W.T. telah mewakilkan
dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan
dan kuncu-kuncunya…
KLIK GAMBAR UNTUK MEMBESARKAN
 
p/s… jangan lupe baca doa akhir dan awal tahun..
sblum dan selepas maghrib O.o
Doa Akhir dan Awal Tahun Serta Fadhilat