Download Borang Permohonan BR1M 3.0 2014

br1m

br1m

Download Borang Permohonan BR1M 3.0 – Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 – untuk tahun 2014 bantuan BR1M 3.0 telah ditambah dan dikemaskini agar lebih bermanfaat kepada rakyat.

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Jan depan. Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun (download) melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0)

Dalam usaha untuk terus meringankan beban hidup rakyat, bersesuaian dengan pelaksanaan subsidi
bersasar, sukacita saya mengumumkan bahawa program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada isi rumah
dan individu bujang akan ditambah baik.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai
bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit.

Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu
ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit.

Caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai 50 ringgit diberi kepada semua
penerima isi rumah BR1M. Langkah ini diharapkan dapat memberi perlindungan maksimum sehingga 30 ribu ringgit
kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan
tidak melebihi tiga ribu ringgit, akan menikmati bantuan sebanyak 700 ringgit.

 BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit dengan
nilai bantuan sebanyak 450 ringgit. Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu
ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah.

Golongan ini juga akan menikmati caruman i-BR1M bernilai 50 ringgit yang menjadikan jumlah keseluruhan
BR1M sebanyak 500 ringgit. Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 di atas, Kerajaan akan memperuntukkan
sejumlah 4.6 bilion ringgit yang dijangka dapat memanfaatkan seramai 7.9 juta penerima.

Untuk Syarat Kelayakan Memohon BR1M 3.0 sila RUJUK SINI

Download Borang Permohonan BR1M 3.0 2014

Incoming search terms:

  • download borang br1m 2014
  • BR1M
  • download borang BR1M 2015

Bantu Kami dengan LIKE Fanpage
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen, kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini. Sila dapatkan nasihat pakar bertauliah dan berpengetahuan untuk tips dan info berkaitan.

Sebarang Pertanyaan, Pengiklanan, Review Produk dan lain-lain boleh email ke abgferoz@yahoo.com

2 thoughts on “Download Borang Permohonan BR1M 3.0 2014

  1. SITI NOR AZIRA BINTI MOHD SHARIF says:

    Sya nk semak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing