Drama Ariana Rose Full Episode

Drama Ariana Rose

Drama Ariana Rose

Drama Ariana Rose Full Episode – Slot popular Akasia membawakan sebuah lagi drama siri terbaru berjudul ‘Ariana Rose‘ yang akan disiarkan di TV3 bermula 30 Disember 2013 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.

Drama bersiri 28 episod ini menampilkan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisham Hamid, Arja Lee, Nabila Huda, Tasha Shilla, Syatilla Melvin dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Ariana Rose – ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Ariana akur dengan pilihan orang tuanya atau dia sebenarnya mula menyimpan perasaan pada Tengku Adam yang sudah berubah menjadi lebih baik?

Segalanya bakal terjawab dalam ARIANA ROSE yang akan disiarkan mulai 30 Disember 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam di TV3.

Ariana Rose Episode 1
Ariana Rose Episode 2
Ariana Rose Episode 3
Ariana Rose Episode 4
Ariana Rose Episode 5
Ariana Rose Episode 6
Ariana Rose Episode 7
Ariana Rose Episode 8
Ariana Rose Episode 9
Ariana Rose Episode 10
Ariana Rose Episode 11
Ariana Rose Episode 12
Ariana Rose Episode 13
Ariana Rose Episode 14
Ariana Rose Episode 15
Ariana Rose Episode 16
Ariana Rose Episode 17
Ariana Rose Episode 18
Ariana Rose Episode 19
Ariana Rose Episode 20
Ariana Rose Episode 21
Ariana Rose Episode 22
Ariana Rose Episode 23
Ariana Rose Episode 24
Ariana Rose Episode 25
Ariana Rose Episode 26
Ariana Rose Episode 27
Ariana Rose Episode 28 Akhir

sila daftar dengan www.tonton.com.my untuk menonton semua episode yang disediakan..

Incoming search terms:

  • ariana rose full episode
  • Ariana Rose Drama
  • drama ariana rose full episode
  • ariana rose full episod
  • drama arianna rose
  • ariana rose episode 26
  • arianna rose full episode
  • gengtube ariana rose full episod
  • ariana rose episode 20 acg
  • arianna rose episode 7
  • ariana rose episode 15 acg
  • acg ariana ros episode 23
  • fuul episodet ariana ros
  • drama arianna rose online full episod gengtube
  • my klik com drama arianna rose episode 9
Dapatkan 2 Sesi Bowling PERCUMA LIHAT DISINI
15 tempat TERBAIK untuk Selfie LIHAT DISINI
Bantu Kami dengan LIKE Fanpage
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen, kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini. Sila dapatkan nasihat pakar bertauliah dan berpengetahuan untuk tips dan info berkaitan.

Sebarang Pertanyaan, Pengiklanan, Review Produk dan lain-lain boleh email ke abgferoz@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>