perasmian festival belia putrajaya

perasmian festival belia putrajaya

suatu kelainan ditunjukkan pada festival belia putrajaya 2013 dimana kebanyakkan aktiviti berunsur kepada hiburan dikurangkan kepada bentuk forum dan agama… alhamdulillah sedikit sebanyak mereka merubah festival yang didulunya dikaitkan dengan hiburan semata-mata kepada festival yang mempunyai input dan agama..

bertambah lagi dengan menteri belia dan sukan yang baru YB Encik Khairy Jamaluddin

YB Encik Khairy Jamaluddin

YB Encik Khairy Jamaluddin

kalu tak silap saya ini adalah menteri belia dan sukan paling muda 37thn.. hee kena dengan umur belia 15-40tahun..

forum perdana festival belia

forum perdana festival belia

pentas utama festival belia yang dulunya menjadi tempat hiburan KPOP dan JPOP kini sudah berubah kepada forum perdana dan ceramah² agama… alhamdulillahh.. walaupun tak penuh macam KPOP dulu tapi still meriah.. ada ja yang berhenti untuk mendengar ceramah yang disampaikan..

festival belia

festival belia

salah satu khemah yang menyediakan persembahan kebudayaan, etnik, kemahiran dimana saya ditugaskan bersama-sama wakaka crew dan awek² cumil hik hik hik..




BACA LEBIH 200+ KOLEKSI CERITA/GAMBAR LAWAK
fizo omar

fizo omar

tak pernah miss.. setiap tahun fizo omar mesti memeriahkan festival belia yang diadakan kerana beliau merupakan salah seorang duta belia yang terpilih :)

persembahan pertahanan diri

persembahan pertahanan diri

segmen badan beruniform turut tidak dilupakan dimana terdapat pameran setiap badan uniform dan persembahan pancaragam, pertahanan diri dan sebagainya..

peserta tadarus alquran

peserta tadarus al quran

YB Khairy Jamaluddin bersama-sama peserta tadarus & khatam al quram di masjid berhampiran festival belia putrajaya..

pada pendapat saya banyak perubahan telah dijalankan oleh kementerian belia dan sukan untuk festival belia putrajaya pada tahun ini dan syabas diucapkan kepada mereka.. tetapi ada beberapa perkara yang mungkin mereka terlepas pandang sewaktu festival berlangsung atau mungkin admin sendiri yang terlepas pandang.. antaranya adalah

1. penjualan rokok elektrik di booth festival. (mungkin daftar lain berniaga lain)

2. kekurangan surau untuk mereka yang hadir. (masjid ada tpi jauh..)

apa² admin ucapkan tahniahh.. diharap lepas ini ada banyak lagi perubahan dan program berguna untuk belia diadakan..

Antara yang MENARIK...