Gelandangan Tidur di Tengah Jalan

7
486
views
kucing comel
kucing comel

Gelandangan Tidur di Tengah Jalan – Gelandangan merupakan mereka yang tidak mempunyai rumah atau tempat untuk tinggal. Nak dijadikan cerita beberapa hari lepas selepas balik dari berjalan-jalan sekitar KL aku melalui jalan berhampiran jalan duta ketika melalui bawah jambatan aku terlihat seseorang seperti mayat tersandar di tengah divider pemisah 2 jalan raya hanya duduk tersandar tapi sempat aku perasan kakinya sedang bergerak-gerak.

Kesian ada sedih pun ada tapi tak boleh nak bantu apa kerana banyak kereta lalu lalang dan tak boleh stop di sekitar. Lokasi tempat tidurnya memang berbahaya kerana sekiranya ada kereta atau motor tersilap  melanggar divider maka dia adalah orang pertama yang menanggung padah dari kesilapan orang lain.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

Apa yang cuba aku sampaikan kat sini adalah pentingnya memiliki tempat tinggal sementara kita masih muda. Kebanyakkan daripada kita lebih gemar bergaya dengan kereta mahal sementara rumah tempat tinggal kita masih berstatuskan SEWA. Adakah kita tahu nasib kita dikemudian hari ? sehingga kita tidak sediakan payung sebelum hujan. Ketahuilah bahawa harga rumah semakin naik manakala harga kereta semakin lama semakin murah.

Yang berkahwin mungkin punya anak untuk membantu tapi tahukah anda sebaik mana anak anda bila dewasa nanti ? bagaimana pula dengan pasangan anak anda. ? adakah kita boleh menumpang mereka bila tua nanti ?

Oleh itu nasihat saya mula untuk menyimpan dan membeli sebuah rumah untuk masa tua anda nanti. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. Insyallah..


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


7 COMMENTS

  1. Salam Tuan,

    Saya mencela disini, isu gelandangan pun sekarang dah banyak NGO bantu..yelah kita kesian dengan nasib mereka, tambah pula kerajaan sudah ‘buka mata’ mengenai isu gelandangan.

    isu property sperti rumah, anak anak muda sekarng ni memerlukan campur tangan dari pihak kerajaan negeri dan persekutuan, mohon untuk memantau mana mana syarikat perumahan yang tidak jujur dalam melibatkan hak milik bumiputera, kalau dah sampai rm 200,000, dengan kos sara hidup yang lain, makan, minum, kereta …itu pun paras paras hidung, di tambah pula hidup di KL.

    Kalau nak ikutkan bangsa, bangsa kita seperti menumpang dibumi sendiri. kaum lain untung walaupun bukan status bumiputera dalam memiliki property seperti rumah dan sebagainya.

    terima kasih.

    • w’salam.. stuju sangat memang banyak ngo membantu tapi bantuan yang diterima tidak cukup dan hanya bersifat sementara..

      sangat setuju sekiranya campur tangan pihak kerajaan agar harga rumah dipantau sekiranya tidak dipantau lebih banyak gelandangan akan lahir pada masa akan datang. Pihak kerajaan sepatutnya mempertimbangkan untuk mendirikan lebih banyak rumah seperti flat walaupun tak mewah dan bersifat sederhana tapi ramai yang mampu milik dan lebih banyak kuantiti yang boleh dibina.

  2. Betull.muda2 ni la patutnya pikir pasal rumah.jangan dah kawen baru nak beli rumah.alasan nya boleh kongsi dengan bini..tak hero la kalau macam tu..hehehhe..yang pompuan pulak muda2 tak beli rumah sebab tunggu dah kawen biar laki beli….buat nya laki tu pun gaji hujung2 nyawa je cemana?/jadi selagi tak de tanggungan banyak ni beli la rumah..jangan sibuk dengan smartphone je..

    • btoi.. memang ada interview hari tuh.. ada yang berasal dari golongan dato’ tapi ditipu sahabat baik sampai jatuh bankrap then terus dipulaukan keluarga… tak semuanya berasal dari org miskin.. just berhati-hati kerana duit macam2 bole jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here