Hanya 4 Kes Dicatatkan Malaysia Dijangka Sifar Kes Pertengahan Julai

2
148
views

Hanya 4 Kes Dicatatkan Malaysia Dijangka Sifar Kes Pertengahan Julai. Malaysia dijangka mampu untuk mencatatkan sifar kes harian COVID-19 sekitar pertengahan bulan julai, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Hanya 4 Kes Dicatatkan Malaysia Dijangka Sifar Kes Pertengahan Julai

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Kes terbaru menunjukkan satu angka setiap hari dan mungkin hanya mengamalkan SOP dan patuh arahan kita mampu mencatatkan sifar kes bulan julai nanti.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Walaupun hampir semua sektor ekonomi dibuka semula dan sebahagian besar sekatan pergerakan rakyat ditarik semula dengan pematuhan SOP kita mampu untuk mencatatkan sifar kes covid-19.

4 kes warganegara Malaysia dicatatkan. 3 kes import dan 1 tempatan dan tiada kes melibatkan bukan warganegara pada hari ini.

PERINCIAN KES IMPORT (3 KES)

a) 1 kes balik dari Singapura, 1 kes balik dari United Kingdom dan 1 kes balik dari Mesir.

PERINCIAN KES TEMPATAN (1 KES)

b) 1 kes saringan SARI di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang adalah kes ke 8600 iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun dan bertugas sebagai Pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana, Simpang Renggam. Kes mengalami gejala sesak nafas dan sakit badan pada 20 Jun 2020 dan di bawa ke Unit Kecemasan HEBHK atas rujukan Klinik Kesihatan Simpang Renggam.

Kes telah dimasukkan ke ICU dengan diagnosa demam denggi pada 21 Jun 2020 dan dikesan positif RT-PCR oleh IMR pada 23 Jun 2020 – WN Malaysia.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here