Hukum Bersalin Dengan Doktor Pakar Lelaki

0
421
views
kartun doktor
kartun doktor

Bersalin Dengan Doktor Pakar Lelaki


Soalan
Saya bercadang untuk bersalin di Hospital swasta dengan berbidan doktor pakar lelaki. Walaupun terdapat pilihan doktor pakar perempuan tetapi saya lebih yakin dgn doktor lelaki tersebut kerana testimonial yang diberikan oleh pesakit-pesakit sebelum ini.

Bolehkah saya teruskan niat untuk berbidan doktor pakar lelaki tersebut?

Sekian, terima kasih.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Jawapan
Waalaikumussalam,
Menurut ulamak dan para sarjana Fekah dalam agama islam, anda wajib mengutamakan doktor atau bidan perempuan terlebih dahulu sebelum menempah pakar perbidanan lelaki semasa bersalin.Ini kerana agama Islam tetap memelihara batas aurat seorang wanita apabila berhadapan dengan doktor lelaki yang tiada hubungan kekeluargaan.
Sekiranya anda telah cari dengan bersungguh-sungguh ternyata memang tiada doktor perempuan maka ketika itu HARUS HUKUMNYA anda menempah doktor perbidanan lelaki untuk menguruskan anda ketika bersalin TETAPI DENGAN SYARAT ANDA HENDAKLAH DITEMANI OLEH SUAMI @ ADIK BERADIK PEREMPUAN SEMASA ANDA BERSALIN.Wallahu a’lam.

Bersalin Dengan Doktor Pakar Lelaki

sumber : islam


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih