Hukum Isteri Memperlekeh Keperluan Batin Suami.  AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 383 (14 SEPTEMBER 2016 M / 12 ZULHIJJAH 1437 H)

SOALAN: Assalamualaikum wbt, Apa hukum isteri yg memperlekehkan nafkah batin kepada suami?

Suami IsteriJAWAPAN: Waalaikumussalam wbt, Isteri sama sekali tidak boleh bersikap sedemikian. Islam menyuruh agar isteri sentiasa taat dan patuh pada arahan suami, menolongnya, dan membantunya selagi mana tidak disuruh berbuat maksiat kepada Allah SWT. Para suami diarahkan Allah SWT untuk bermu’asyarah (bergaul) dengan baik terhadap isteri seperti mana firman-Nya:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”

Surah al-Nisa’, (4:19)

Begitu juga bagi para wanita, Allah mengarahkan mereka bertanggungjawab ke atas keperluan suami mereka:




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

لَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ

Maksudnya: Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);

Surah al-Baqarah, (2:228)

Bahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA , Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

Maksudnya: Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke perbaringan (melakukan hubungan suami isteri) lalu isterinya itu enggan sehingga suami itu berasa marah kepadanya, malaikat akan melaknati wanita itu sehingga subuh.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3237)

Kerasnya ancaman ini menunjukkan betapa pentingnya peranan isteri dalam membantu suami dalam menguruskan naluri seksualnya dan agar tidak terjebak dengan kerosakan akhlak yang tidak diingini seperti zina dan lainnya. Ini juga bererti dalam menunaikan keperluan suami itu dikira ibadah yang diberikan ganjaran oleh Allah SWT.

Justeru, adalah tidak wajar seseorang isteri memperlekehkan keperluan seksual suami, ataupun keperluan lain, tanpa alasan yang kukuh seperti mudarat, kerana itu ialah suatu bentuk maksiat dalam agama dan kezaliman antara sesame manusia.

Wallahua’lam.

Sumber : muftiwp