Hukum Pemakaian Inai Bercorak. Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2016-1437H yang bersidang pada 28 April 2016 bersamaan 20 Rejab 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke- 88 berkenaan Hukum Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak dengan sighah seperti berikut :

Hukum Pemakaian Inai Bercorak

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan tidak mengandungi sebarang unsur najis dan memudaratkan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan melainkan bagi tujuan perubatan.

Sumber : Jabatan Mufti Negeri Sembilan

Antara yang MENARIK...