pelajar makan dalam bilik persalinan

pelajar makan dalam bilik persalinan

Isu Pelajar Makan dalam bilik persalinan

pelajar SRK Sri Pristana TIDAK berehat dan makan di TANDAS atau BILIK AIR, sebilangan pembaca tidak dapat menerima fakta itu. Sebelum ramadan, bermula Mac lalu, BILIK PERSALINAN pelajar perempuan dibersihkan dan kemudian dinaiktaraf. Menurut wakil Pejabat Pendidikan Daerah, ruang terbabit tidak berbau busuk ataupun kotor.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Pelajar di sekolah sama juga diterapkan dengan kempen menjaga tandas di kawasan sekitar agar sentiasa bersih. Maksudnya, TIADA tandas di dalam bilik persalinan itu, seperti kedudukan tandas di dalam rumah tempat kebanyakkan daripada kita berteduh di bandar.

“Sewaktu meninjau ruang di bilik persalinan terbabit bersama wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG serta kakitangan sekolah, kami terlewat untuk pulang ke rumah. Jadi kami membuat keputusan berbuka di ruang sama selepas doa dibacakan. Tidak ada sebarang masalah, Alhamdulillah, kami berselera makan selepas sehari menahan lapar dan dahaga” ujar beliau.

Gambar di atas dihantar kepada saya oleh Yang DiPertua PIBG SRK Sri Pristina, Hussein Mohd Ariff.

“Gambar itu, suasana majlis berbuka puasa di bilik persalinan disalah anggap sebagai tandas,” kata Hussein.

untuk maklumat penuh sila layari – MazidulAkmal