JDT Melangkah Ke FINAL Piala AFC

1
389
views
JDT
JDT

JDT MENCIPTA SEJARAH DENGAN MENJADI PASUKAN PERTAMA TANAHAIR MELANGKAH KE PERLAWANAN AKHIR PIALA AFC

JDT Melangkah Ke FINAL Piala AFC. Johor Darul Ta’zim telah dijadualkan menentang pasukan Al-Qadsia SC pada 20hb Oktober ini untuk pusingan kedua separuh akhir Piala AFC 2015 namun akibat masalah yang melanda Persatuan Bolasepak Kuwait menyebabkan pasukan-pasukan daripada negara tersebut dihalang oleh badan induk bola sepak dunia iaitu FIFA daripada terlibat dalam mana-mana kejohanan antarabangsa. Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC 2015 bertemu pasukan FC Istiklol dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan JDT yang telah mencipta satu lagi sejarah baru apabila menjadi pasukan pertama tanahair melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC. Peluang ini dianggap rezeki buat pasukan dan penyokong Harimau Selatan untuk bersama-sama menyaksikan Johor Darul Ta’zim melakar satu lagi lembaran baru dalam titian perjalanan mereka di bawah naungan DYAM Tunku Mahkota Johor. Luaskan Kuasamu Johor.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



——-

JDT CREATES HISTORY, BECOMING THE FIRST MALAYSIAN TEAM TO REACH THE AFC CUP FINAL

The scheduled 2015 AFC Cup semi-final second-leg match between Johor Darul Ta’zim and Al-Qadsia SC on October 20th will not take place following the suspension of the Kuwait FA by FIFA that prevents its teams from participating in any international tournament. Therefore JDT have been awarded the win by AFC and will progress to the 2015 AFC Cup final to face FC Istiklol on October 31st. Congratulations to JDT for creating history and becoming the first Malaysian team to reach the AFC Cup final. This is a great opportunity for the Southern Tigers team and supporters to witness Johor Darul Ta’zim create history again in their football journey under the patronage of HRH Crown Prince of Johor. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
‪#‎BerjuangBersamaKami‬

Sumber : Fanpage JDT


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here