Jenis-Jenis Buah Durian Yang Popular di Malaysia

0
55
views

Jenis-Jenis Buah Durian Yang Popular di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis buah durian yang ada di Malaysia antaranya D24 / XO , Kampung (888), Kop Kecil (D99), Chanee (D123), Beserah (D145), Kan Yau (D158), Mon Thong (D159), Hajjah Hasmah / IOI (D168), Tok Litok (D169), Udang Merah (D175), MDUR 78 (D188), MDUR 79 (D189), MDUR 88 (D190) dan Raja Kunyit / Musang King (D197).

Jenis-Jenis Buah Durian Yang Popular di Malaysia

Buah Durian merupakan raja segala buah dan menjadi buah pilihan serta kegemaran rakyat Malaysia. Buah durian akan menjadi kegilaan ramai bila tiba musim durian dimana rakyat Malaysia akan berebut untuk mendapatkan durian dengan harga yang murah mengikut jenis dan gred durian tersebut.

TIPS : Makan durian sangat mudah tapi mudahkah untuk memilih buah durian yang masak ? Sedikit TIPS MEMILIH DURIAN MASAK untuk anda.

Antara jenis-jenis durian yang menjadi pilihan rakyat Malaysia termasuklah..

Durian D24 atau XO

Tekstur daun lembut dan urat daun sedikit timbul, Daun seakan-akan bentuk sampan. Buah sederhana besar dan bulat. Kulit hijau muda, nipis dan mudah dikopek. Isi tebal, kuning, lemak manis dan sedikit pahit.

Durian Musang King D197

Daun Tirus dan tepi berombak. Buah sederhana besar dan bulat membujur. Kulit hijau muda. Isi tebal, kuning, lemak manis dan pahit.

Durian Udang Merah D175

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Daun nipis dengan permukaan atas licin dan berkilat. Urat daun tidak timbul. Buah sederhana besar dan bujur. Kulit hijau perang dan berduri pendek. Isi tebal, lembik, kuning dan lemak manis.

Durian D101

Durian Kampung (888)

Durian Black Thorn D200

Durian D28

Durian D13

Durian D5 Ibrahim

Durian Love Penang

Durian Mon Thong D159

Tepi daun berombak. Hujung daun panjang. Bahagian tengah lai daun lebar dari bahagian atas lai daun. Buah besar, bujur panjang, bergelugur dan hujung buah tajam. Kulit perang kehijauan. Isi tebal, lembut, kuning dan lemak manis.

Durian Kop Kecil (D99)

Tekstur daun keras dan urat daun ketara timbul. Buah Sederhana besar dan bulat. Kulit hijau gangsa, nipis dan berduri halus. Isi sederhana tebal, lembik, kuning, manis dan berbau sederhana.

Durian Hajjah Hsmah (D168) IOI

Daun kecil, tirus dan tebal. Buah sederhana besar dan bulat. Kulit hijau perang dan mudah dikopek. Isi sederhana tebal, pejal, warna jingga, lemak manis dan sedikit pahit.

Kredit : Fama


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here