Jiwa ku Semakin Rosak 4

jiwarosak

jiwarosak

minggu lepas cuti panjang sempena chinese new year dan hari wilayah persekutuan. bila dah habis cuti terasa jiwa ni memberontak alaaa nak kena pergi kerja pula.. rasa macam best ja cuti selalu.. tapi apakan daya.. makan gaji terpaksa ikut cuti yang telah ditetapkan.

gambar kasut diatas merupakan kasut yang dipakai hari pertama masuk kerja selepas cuti panjang. sebelah berwarna oren sebelah berwarna kuning.

susah untuk terima perubahan ternyata ramai yang menjeling, memandang atas bawah dan ada juga yang menegur.. kita boleh pakai baju warna warni, kita boleh pakai baju dan seluar lain warna tapi kita KURENG nak terima bila kasut lain-lain warna.

ternyata kita merupakan orang yang suka benda yang sama dan KURENG suka pada perubahan. Tak salah mengikut benda aturan yang sedia ada tapi kadang-kadang kita perlu melakukan perubahan untuk melihat dari sudut yang berbeza.