GST

GST

PUTRAJAYA 2 April – Semua syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar tetapi bersetuju menambah masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar melebihi enam peratus.

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Kewangan bersama syarikat telko hari ini.




BACA LEBIH 200+ KOLEKSI CERITA/GAMBAR LAWAK

Beliau berkata, keputusan itu berkuatkuasa serta-merta untuk tempoh tiga bulan bermula hari ini dan selepas tamat tempoh tersebut semua pihak yang terlibat akan mencari satu jalan penyelesaian jangka masa panjang.

“Sekarang semua kad prabayar akan dikenakan cukai enam peratus. Tetapi syarikat Telko bersetuju memberi nilai masa berbual dan SMS lebih daripada enam peratus atau 60 sen iaitu sehingga pada kadar RM1,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Antara yang MENARIK...