Kanak-kanak dan Bayi Antara Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid-19

2
343
views

Kanak-kanak dan Bayi Antara Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid-19. Selain daripada warga emas, kumpulan kanak-kanak dan bayi juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti #COVID19. Kanak-kanak dan bayi perlu dilindungi agar mereka tidak mudah terdedah dan dijangkiti COVID-19.

Kanak-kanak dan Bayi Antara Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid-19

bayi face shield
gambar hiasan baby thailand using face shield

Sehingga 16 Mei 2020, terdapat 317 kes positif COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Daripada jumlah tersebut, 112 kes (35%) adalah kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah dan 22 kes (7%) bayi kurang daripada satu tahun.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Setakat ini, tiada kes kematian positif COVID-19 telah dicatatkan bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Negeri Selangor telah mencatatkan bilangan kes positif COVID-19
yang tertinggi bagi kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes, diikuti Negeri Sembilan (48 kes), Johor (46 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28 kes), dan Sabah (26 kes).

Nasihat KKM kepada ibu bapa/penjaga

Kanak-kanak dan bayi memerlukan ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga yang lebih tua untuk melindungi kanak-kanak dan bayi daripada bahaya jangkitan COVID-19. Ibu bapa dan penjaga perlu memberi didikan kepada kanak-kanak agar mereka dapat mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun, dan sangat digalakkan memakai pelitup separuh muka (face mask) di kawasan umum (terutamanya kawasan yang sesak).

Tanggungjawab kita sebagai masyarakat

Masyarakat umum juga disarankan bersama-sama membantu melindungi kanak-kanak dan bayi, dengan mengelak
berada dalam jarak kurang daripada 1 meter dari mereka (iaitu dengan mengamalkan jarak sosial yang selamat).

kredit : FB KKM


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here