Kebaikan dan keburukan pembenihan awan

0
586
views
pembenihan awan
pembenihan awan

Jenis-jenis pembenihan hujan

1. Pembenihan awan statik
– Pembenihan awan statik membabitkan penyebaran bahan kimia seperti silver iodida ke dalam awan. Proses ini boleh dilakukan dalam dua cara iaitu menggunakan pesawat atau penyebaran menerusi mesin khas yang terletak di daratan. silver Iodida akan mewujudkan partikel kristal yang melembabkan udara sekitarnya yang boleh meruap. Partikel kristal yang terhasil ini akan menjadi penyaring paling berkesan bagi menghasilkan hujan.

2. Pembenihan awan higroskopik
– Pembenihan awan higroskopik menggunakan kaedah penyebaran garam yang diletupkan di dalam suar. Proses ini dilakukan di bawah gumpalan awan di mana air tertarik pada garam yang tersebar dan jatuh ke bawah menjadi titisan hujan.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



3. Pembenihan awan dinamik
– Pembenihan awan dinamik ini mampu menghasilkan hujan lebat berbanding proses pembenihan statik. Masih menggunakan bahan kimia silver iodida, ia disebarkan menggunakan pesawat menerusi kaedah pembakaran suar secara terus ke atas gumpalan awan. Proses ini dianggap lebih kompleks kerana ia perlu dilakukan mengikut langkah tertentu. Jika ada salah satu langkah gagal dilakukan dengan betul, ia boleh merosakkan keseluruhan proses dan hanya menghasilkan hujan sama seperti proses pembenihan statik.

Kelebihan
– mengurangkan kekeringan atau kemarau.
– meningkatkan paras sumber air bersih untuk keperluan isi rumah.
– mengatasi masalah fenomena ‘hailstones’ (hujan ais batu) seterusnya mengurangkan kerosakan dan kecederaan.
– menghentikan pembentukan ribut taufan utama seterusnya mengurangkan impak ribut yang terjadi.
– membersihkan udara daripada zarah terampai seperti asap dan debu yang membentuk jerebu.

Kekurangan
– bergantung pada suhu dan komposisi awan.
– hanya boleh dilakukan apabila wujudnya awan. Keadaan cuaca tanpa awan menyebabkan proses ini tidak dapat dilaksanakan.
– tiada sistem kawalan tumpuan hujan. Oleh kerana itu awan bergerak mengikut tiupan angin, kebarangkalian untuk hujan jatuh di tempat lain amat tinggi.

Keburukan
– penggunaan tanpa kawalan boleh menghasilkan hujan asid dan bencana alam seperti banjir.
– ia menyebabkan kecederaan pada manusia dan haiwan selain kerosakan pada harta benda.

Sumber : Metro 30 Jun 13


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih