Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam KL Dibuka

0
267
views

Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam KL Dibuka. Mesyuarat hari ini bersetuju untuk membenarkan perkhidmatan gunting rambut dan hair dresser bermula 10 Jun 2020 dengan SOP yang ketat. Aktiviti yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka.

Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam KL Dibuka

gunting rambut

Kerajaan mengambil keputusan ini setelah mengambil kira sumbangan sektor ini kepada KDNK negara berjumlah RM13.5 billion setahun. Sektor ini melibatkan 74,500 tenaga kerja dari 16,728 perniagaan yang berdaftar.

Bagi golongan yang berisiko iaitu individu yang berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan adalah diwajibkan secara temu janji dan tanpa kehadiran lain-lain pengunjung dari kumpulan umur lain.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, ibubapa dibenarkan hadir bersama tetapi perlu mematuhi pemakaian alat pelindung diri seperti penutup muka dan apron pakai buang.

SOP yang perlu dipatuhi termasuk pemakaian face shield dan apron pakai buang oleh pekerja, pemakaian satu set gloves bagi setiap pelanggan dan jarak antara satu kerusi perlulah sekurang-kurangnya 2 meter.

Pengusaha juga perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi.

Bagi pembukaan semula pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan. Pembukaan ini akan berkuatkuasa 15 Jun 2020 dan tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SOP ini termasuk waktu pembukaan yang diterhadkan bagi pasar pagi dan pasar terbuka (6 pagi – 11 pagi), pasar malam (4 petang- 10 malam) dan bazaria (5 petang -11 malam). Jarak sosial kedudukan gerai ditetapkan 1.5 meter hingga 2 meter dan lokasi kawasan perlu terbuka dan berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk sehala. Pasar-pasar ini hanya dibenarkan menjual secara “take-away” sahaja.

Peniaga juga perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE), sarung tangan dan penutup muka (face mask). SOP ini boleh digunapakai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pasar-pasar di seluruh Malaysia. Tindakan penutupan serta merta akan dilakukan sekiranya gagal mematuhi SOP yang ditetapkan. Peniaga dan pengunjung diwajibkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

kredit : YB Ismail Sabri Yaakob


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here