Kenali 8 Tanda-Tanda Si Dia Jodoh Kita

0
3
views

Kenali 8 Tanda-Tanda Si Dia Jodoh Kita. Seringkali orang berbicara tentang jodoh samada lambat atau cepat, tapi yang sebenarnya jodoh telahpun ditetapkan kepada kita oleh Allah SWT samada lambat atau cepat yang penting kita berusaha, berdoa dan bertawakal.

Kenali 8 Tanda-Tanda Si Dia Jodoh Kita

cincin kahwin
kredit : http://ceriteracintabalqis.blogspot.com

Kadang-kadang jodoh itu dekat dengan kita cuma kita yang sibuk mencari yang jauh sehingga tidak perasan sebenarnya jodoh ada didepan mata. Kadang-kadang jodoh itu jauh cuma masa dan keadaan yang menentukan. Kadang-kadang jodoh itu tidak diduga datang mengejut tup tap tup tap terus berkenan dan akad nikah.

Tapi ada juga jodoh yang ditelah ditentukan oleh ibubapa. Bercinta selepas kahwin pun ada juga. Semuanya telah ditetapkan yang penting macam mana kita pupuk cinta kita terhadap si dia.

Kenali tanda-tanda Si Dia Jodoh Kita

  1. Menerima anda seadanya – Si dia tidak kisah dengan kekurangan anda serta menerima anda dengan sebaiknya tanpa mengharapkan yang lebih dan selesa bersama anda.



Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

2. Sangat mudah – Semuanya yang berkaitan dengan si dia sangat mudah. Setiap perjalanan hidup anda dengan si dia sangat selesa dan lancar. Setiap apa yang direncanakan pasti berjaya atau ada bantuan yang hadir membantu.

3. Saling membantu – Setiap kali anda mengalami masalah si dia pasti berusaha untuk membantu walaupun sedikit begitu juga apabila si dia mengalami masalah anda turut merasakan sesuatu dan ingin membantu sedaya mungkin.

4. Keluarga menerima dengan baik – Cukup mudah apabila diperkenalkan dengan keluarga terus diterima si dia tanpa banyak soal dan bicara. Si dia mudah bergaul dengan keluarga dan melayan mereka dengan baik.

5. Saling melengkapi – Setiap kekurangan anda pasti ada kelebihan pada si dia contohnya anda pemarah tapi si dia penyabar dan lembut orangnya. Sememangnya setiap pasangan itu saling melengkapi pasangannya itu yang menjadikan rumahtangga harmoni dan berkekalan.

6. Selesa – Sewaktu bersama si dia kita sentiasa senang, tidak berasa bosan, jemu malah tidah rasa tertekan atau terpaksa. Selalu tenang dan berasa selamat malah gembira selalu dan rindu bila berjauhan.

7. Berhenti mencari – Kita pasti dan yakin bahawa si dia merupakan jodoh kita. Saat bersama si dia kita yakin si dia mampu untuk bersama-sama kita sehingga akhir hayat.

8. Solat istikharah dan tawakkal – Jodoh dan pertemuan semuanya daripada Allah SWT. Kita hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan sebaik-baiknya kita berdoa agar jodoh yang kita pilih merupakan jodoh yang paling baik untuk kita di dunia dan di akhirat.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here