Kenali Punca dan Tanda Serangan Sakit Jantung

0
393
views

Kenali Punca dan Tanda Serangan Sakit Jantung. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.

Kenali Punca dan Tanda Serangan Sakit Jantung

serangan sakit jantung
kredit : google

Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan yang berhampiran dengan kadar segera. Pemeriksaan fizikal yang teliti perlu dijalankan termasuk pemeriksaan tekanan darah anda, pemeriksaan dada dan beberapa ujian lain yang difikirkan perlu seperti ECG dan X-Ray dada.

Gejala Serangan Sakit Jantung

  • Rasa sakit dada bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, dagu dan belakang badan.
  • Sesak nafas : Keletihan badan berpeluh kadangkala terasa loya
  • Jantung berdebar : Pitam/pening kadangkala sakit di ulu hati sebagai gejala utama.

Punca Serangan Sakit Jantung

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



  • Merokok
  • Tekanan perasaan
  • Kurang bersenam
  • Kandungan lemak dalam badan tinggi
  • Darah tinggi
  • Diabetes/Kencing manis
  • Keturunan
  • Faktor umur yang meningkat (35tahun keatas)
sakit jantung
Cara Atasi Serangan Jantung

Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here