Kenapa Gambar Tak Clear Hantar Melalui Media Sosial

0
105
views

Kenapa Gambar Tak Clear Hantar Melalui Media Sosial. Antara masalah kecil musim raya ni, adalah bila kau terima gambar yang di ‘send’ dari Whatsapp yang kualitinya tak memuaskan.

Kenapa Gambar Tak Clear Hantar Melalui Media Sosial

gambar clear

Selalunya gambar yang adik bradik kau hantar kat Whatsapp group mesti tak berapa clear. Perasan tak? Tau tak sebab apa?

Sebabnya, gambar yang di ‘send’ menerusi Whatsapp secara automatik akan di ‘compress’ jadi lebih kecil. So, kualiti gambar takkan sama dengan kualiti gambar dari camera fon.

Bayangkan. Daripada saiz gambar 1.8MB jadi 154kb bila send ke Whatsapp. Memang low quality la gambar tu jadinya.

JADI, APAKAH SOLUSINYA TUAN²?

Boleh guna Telegram. Tapi tak semua adik beradik sedara mara sahabat handai rakan taulan kita pakai Telegram kan? So, yang ni solusi untuk Whatsapp;

Lepas ni kalau wife kau minta gambar raya yang kau snap hari tu, JANGAN send dari ‘Gallery’. Tapi, send dari ‘Document’. Dan gambar yang akan dihantar nanti adalah bersaiz asal & high quality.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

gambar clear 2

Ulangan.

Lepas ni kalau nak hantar gambar yang CLEAR, jangan hantar dari GALLERY. Hantar guna DOCUMENT ye.

Itu saja.

___________________________

(INFO TAMBAHAN)

KENAPA BILA UPLOAD KAT FB GAMBAR STILL BLUR?

Sama macam Whatsapp, gambar tetap akan di ‘compress’ dan kualiti gambar akan jadi LOW. Mungkin FB nak jimat server.

Kalau masalah di Whatsapp boleh send guna Document, malangnya untuk Facebook masih tiada jalan penyelesaian ditemui.

Kau upload pakai laptop ke, guna 3rd party app ke, gambar tetap akan di ‘compress’.

Cara terbaik sekadar termampu yang korang boleh buat, adalah pergi ke Facebook Setting > Media > Upload Photos In HD ON.

Itu je yang termampu.
_____________________

Nota Kaki:

* Sifir: Gambar kualiti tinggi = Guna lebih memory
* Resolution phone tu sendiri juga mainkan peranan.
* Cara ni hanya terpakai untuk fon Android sahaja. iPong den tak tau. Haha. 😆

kredit : Wak Bagasi


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here