Kenapa Syaitan Lari Ketika Azan

0
379
views

Kenapa Syaitan Lari Ketika Azan.  “Ustaz kenapa syaitan lari masa azan, ustaz. Saya lama dah musykil.” Tanya Bakar kepada Ustaz Aiman. “Kata ulama, antara sebabnya ialah dia tak mahu menjadi saksi kepada muazzin di hari akhirat, atau pun sebab dia takut mendengar azan tu.” Jawab ustaz.

Kenapa Syaitan Lari Ketika Azan

masjid indah
kredit : wallpapersafari.com

“Kalau budak yang nakal-nakal boleh ka azan kat telinga, mana tahu, mungkin ada jin yang menyebabkan dia jadi nakal, kalau jin tu lari mungkin jadi elok balik, ustaz?”

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



“Boleh, memang ada kitab sebut sunat azan di telinga budak nakal, atau binatang ternak.”

“Wa, bagus ni. Kalau bini garang boleh juga kot, ustaz?”

“Itu saya tak tahu. Saya belum ada bini lagi. Yang kamu tanya kenapa Bakar, dah gatal nak berbini ke?”

“Dak aih, ustaz. Sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan.”

“Entah-entah bini kamu yang azan kat telinga kamu pulak.”

kredit : fb


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here