abgferoz

plan mengejut sabtu lepas tetiba ayah call dari pejabat mengajak kitaorang semua ikut dia ke felda raya jengka 14 untuk menghadiri kenduri kahwin rakan pejabatnya. Perjalanan dari kuala lumpur dijangka mengambil masa 2 jam mengikut kiraan pakcik google.

keesokkan harinya selepas subuh semua bersiap sedia untuk ke kenduri kahwin rakan pejabat ayah yang kitaorang sendiri tak pernah jumpa.. tapi disebabkan ingin berjalan dan bersantai bersama keluarga aku ikutkan sahaja. Perjalanan ke felda jengka 14 mengambil masa 3 jam perjalanan.. ni semua salah pakcik google tipu aku.. mesti dia pandu lebih had laju 120.. isk isk isk.. tak patut..




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

bila sampai kitaorang disambut oleh rakan yang berada di kenduri kahwin ternyata kedatangan kitaorang sememangnya telah ditunggu oleh rakan pejabat ayah yang lain.. kitaorang dipelawa makan sebaik masuk ke halaman rumah.. lauk pauk yang disediakan nampak biasa tapi rasanya sedap lebih dari rupanya..

3 jam berada di felda jengka 14 kitaorang pulang ke kuala lumpur, melalui perhentian temerloh kitaorang berhenti singgah solat dan sewaktu itulah aku terperasan beberapa orang sedap duk makan aiskrim tepi perhentian. Lepas solat terus terkam mencari tempat jual aiskrim ternyata aiskrim di perhentian temerloh sedap lagi-lagi dimakan waktu panas terik.. hahaha dah batuk + selesema tapi still ambik risiko makan aiskrim bertambah-tambah..

kalu tak percaya sedap sila tengok gambar gelojoh diatas..

p/s… harta dan pangkat tidak menjamin kebahagian.