Kerajaan Membenarkan Majlis Perkahwinan Bermula 1 Julai

0
84
views

Kerajaan Membenarkan Majlis Perkahwinan Bermula 1 Julai. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penganjuran majlis sosial tersebut dihadkan antara tiga hingga lima jam sahaja.

Kerajaan Membenarkan Majlis Perkahwinan Bermula 1 Julai

kenduri kahwin
kredit gambar : mefa.my

Antara majlis yang dibenarkan termasuklah kenduri kahwin, pertunanan, berkaitan agama (tahlil dan doa selamat) serta majlis sambutan ulang tahun kelahiran dan reunion.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Walaupun begitu mereka perlulah mematuhi SOP yang ditetapkan dan tidak lebih daripada 250 orang bergantung kepada kapasiti kawasan sekiranya kecil maka perlu kurangkan orang atau limitkan tetamu yang hadir.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) perlu dibuat termasuk menyediakan kaunter saringan kesihatan di hadapan pintu untuk memeriksa suhu badan dan tidak membenarkan tetamu bergejala seperti demam, batuk dan selesema masuk.

pasangan pengantin
kredit gambar : pesonapengantin.my

Selain itu aktiviti ibadah korban di Wilayah Persekutuan dibenarkan, di masjid dan surau atau kawasan yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa agama sahaja.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here