Kerja Kosong Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2

kerja kosong

kerja kosong

Kerja Kosong Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia – Peluang pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia) terdapat 1,452 kekosongan yang perlu diisi. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 25 Februari 2014 jam 11.59 malam.

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Latihan Separa Perubatan – Bertaraf Diploma

(Jururawat, Jururawat Pergigian, Penolong Pegawai Perubatan, Juru X-Ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jurupulih Perubatan Anggota, Juruteknologi Makmal Perubatan, Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Penolong Pegawai Farmasi, Juruteknologi Pergigian) (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Maklumat mengenai Syarat Lantikan, gaji dan tugas boleh diperolehi di Laman Sesawang SPA