Kerja Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41

2
3
views

Kerja Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41. Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

suruhanjaya perkhidmatan awam SPA
suruhanjaya perkhidmatan awam SPA

Mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri cepat, tepat, integriti, produktif, kreatif, taat setia kepada organisasi dan bersifat sedia membantu. Terdapat 61 kekosongan di Jabatan Perkhidmatan Awam Untuk diisi bagi kumpulan pengurusan dan profesional.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Syarat Lantikan:
*  Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,146.00 ] atau
*  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau
*  Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau
*  Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan
* Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 4 Februari 2016 (Khamis) jam 11.59 malam

Sebarang permohonan hendaklah melalui www.spa.gov.my untuk maklumat lanjut jawatan kosong lihat IKLAN KERJA KOSONG

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here