Kerja Kosong Pembantu Operasi Gred N11

0
144
views

Kerja Kosong Pembantu Operasi Gred N11. Terdapat 44 kekosongan jawatan bagi Pembantu Operasi Gred N11 yang perlu diisi diantaranya di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Pelbagai kementerian/jabatan yang lain.

Kerja Kosong Pembantu Operasi Gred N11

suruhanjaya perkhidmatan awam SPA

Deskripsi Tugas: Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan diatas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sahlaku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau
pada 16 Ogos 2020 (Ahad) jam 11.59 malam.

Syarat Kelayakan:
i- Memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan empat (4) Lulus
(termasuk subjek Matematik) pada peringkat SRP/PMR/PT3 atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
ii- Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh
percubaan(P)].

Lihat Iklan Kerja Kosong


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here