Kes Positif Covid-19 Indonesia Melebihi Kes di China

0
206
views

Kes Positif Covid-19 Indonesia Melebihi Kes di China. Status terkini menunjukkan negara Indonesia telah mencatatkan sebanyak 84,882 kes positif dan 4016 kes kematian direkodkan melebihi kes positif negara China iaitu sebanyak 83,660 kes dan 4634 kes kematian.

Kes Positif Covid-19 Indonesia Melebihi Kes di China

Indonesia berisiko tinggi untuk lebih banyak jangkitan sekiranya penduduknya tidak berdisplin dan mengamalkan jarak selamat 1 meter. Indonesia merupakan antara negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai ini merupakan salah satu faktor mengapa Covid-19 cepat merebak.

Semoga jiran Malaysia ini mampu untuk mengawal covid-19 dari terus merebak dan semoga semuanya dipermudahkan. Kita harus berjaya melawan penyakit ini

Sementara itu, Jumlah kes dunia telah hampir kepada 14.5 juta dan jumlah kes tertinggi mengikut negara adalah negara Amerika Syarikat, Brazil dan India.

Kes harian semalam mencatatkan melebihi 230 ribu kes dan jumlah kematian dunia sudah pun melebihi 600 ribu kes.

Di harapkan kita jangan alpa dan terus kekal mengamalkan 3W (Wash, Wear and Warn) dan elakkan 3S (Tempat yang sesak, sempit dan bersembang secara dekat).


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here