Ketahui Apakah Hak-Hak Wanita Selepas Diceraikan Suami

0
307
views

Ketahui Apakah Hak-Hak Wanita Selepas Diceraikan Suami. Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah menyatakan : ‘Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya’.( Surah at-Talak : 6 )

Ketahui Apakah Hak-Hak Wanita Selepas Diceraikan Suami

sarung cincin jari
kredit : http://www.diamondsplease.co.uk

Antara hak-hak yang boleh dituntut di mahkamah selepas sesuatu penceraian adalah nafkah edah, mut’ah, harta sepencarian, hak jagaan anak (hadhanah), nafkah anak, tunggakan nafkah dan tunggakan nafkah anak.

Nafkah Edah – Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri dalam tempoh Edah Raj’ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.

Muta’ah – Mut’ah iaitu satu bayaran yang wajib keatas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak.Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.

✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



Harta Sepencarian – Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan attas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Hak Jagaan Anak – Hadhanah bermaksud penjagaaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan diri sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anak yang masih kecil (dibawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur ditas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anaak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa. Tuntutan hak jagaan anak (hadhanah) ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Nafkah Anak – Nafkah anak ialah suatu nafkah wajib keatas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, samada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.

Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.

Tunggakan Nafkah – Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang keatas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan iniboleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.

Tunggakan Nafkah Anak – Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.

Kredit : Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia – JKSM


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here