Keutamaan Korban di AidilAdha

1
404
views
abgferoz

Alhamdulillah selesai sudah hari raya korban dan semuanya selamat dikorbankan dengan lancar. Akhirnya jambang  seminggu simpan dah boleh di cantas dengan jayanya.

Keutamaan Korban – Maksud Hadith;
Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati.

semangat nak korban hadir awai ke surau berdekatan rumah tapi takda orang lagi so balik dulu tukar baju siap dalam kul 10 dah stanby untuk tumbangkan lembu. Kali ni 3 ekor lembu yang akan dikorbankan untuk dikongsikan dengan semua orang. Tak sampai setengah jam diambil untuk tumbangkan 2 ekor lembu. Sekor lembu garang sangat asal dekat je nak menanduk naseb baik belajar silat mengelak dan silat langkah 1000 kalu tak mesti dah kena tanduk hahaha..

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



bila dah tumbang 2 ekor tukang korban tak sampai lagi bz dia duk merantau merata-rata so terpaksa lepaskan balik lembu yang nak dikorbankan kesian biar lelama terikat sementara tunggu tukang korban sampai, naseb baik second time nak tumbangkan dah senang macam dah paham je.. heee..

lembu korban
lembu korban

walaupun hanya 3 ekor lembu tapi yang datang membantu sampai penuh surau kawasan rumah. Inilah yang buat aku seronok tinggal kat kawasan perumahan ni pantang ada program mesti ada gotong royong membantu mana yang boleh..

 

..Selamat Hari Raya Aidil Adha..


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

1 COMMENT

Comments are closed.