mengorat cikgu

mengorat cikgu

Kisah Cikgu Noraini – Pada suatu hari ada seorang budak bernama Hameed yang tinggal disebuah kampung di Perak. Kesemua rakan-rakannya benci dengan kebodohannya terutama sekali guru kelasnya iaitu Noraini. Guru kelasnya selalu memarahi Hameed dengan berkata “Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana dengan awak ni Hameed”.

Kisah Cikgu Noraini

Pada suatu hari ibu Hameed datang kesekolah untuk melihat bagaimana keadaan Hameed di sekolah. Cikgu Noraini berterus-terang dengan ibu Hameed bahawa Hameed sudah tidak dapat dilakukan apa-apa usaha lagi terhadapnya. Ibu Hameed kecewa dengan kenyataan tersebut lalu terus membawa Hameed keluar dari sekolah itu dan berpindah ke daerah lain. 25 tahun kemudian, Cikgu Noraini mengalami masalah jantung, dan ramai doktor mencadangkan dia ke pakar sakit jantung untuk membuat pembedahan, dan hanya ada seorang doktor sahaja yang sangat pakar dengan pembedahan tersebut.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Cikgu Noraini tiada pilihan lalu bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut, dan sekaligus pembedahan tersebut berjaya. Ketika dia membuka matanya, dia melihat ada seorang doktor yang kacak berada disampingnya merenung Cikgu Noraini sambil tersenyum. Cikgu Noraini masih lagi dalam keadaan lemah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut tetapi terlalu lemah untuk mengeluarkan suara. Semasa mereka saling merenung antara satu sama lain, doktor muda itu mendapati muka Cikgu Noraini kelihatan lebam kebiru-biruan seakan lemas. Cikgu Noraini cuba mengangkat tangannya dengan keadaan yang bersusah payah untuk memberitahu sesuatu.

Doktor muda itu terkejut dan cuba memahami apa yang sedang Cikgu Noraini cuba bagitau, lalu doktor muda tersebut memandang ke belakang dan mendapati Hameed yang bekerja sebagai cleaner hospital telah mencabut plug alat bantuan pernafasan untuk meletakkan plug vakum dia…

Jika anda fikir Hameed adalah doktor muda tersebut, ini adalah kerana anda terlalu banyak menonton filem Hindustan atau terlalu banyak membaca buku-buku motivasi… hik hik hik..

Baca seterusnya : Lebih 50 Koleksi Lawak