Kisah Cikgu Suraya

4
17
views
cikgu suraya
gambar hiasan

Kisah Cikgu SurayaCikgu Suraya baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar di sekolah itu. Pada masa rehat.. Cikgu Suraya melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Cikgu Suraya cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja. Mendengar jawapan itu Cikgu Suraya lalu meninggalkannya.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Beberapa minit kemudian Cikgu Suraya memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Cikgu Suraya kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Cikgu Suraya mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”

Pelajar itu menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Cikgu Suraya bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”

“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…

“… Saya adalah PENJAGA GOL !”


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here